Taming
Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti
yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming
Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu,
dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada
untuk membunuh Hang Tuah.
Taming Sari dikatakan seorang yang
kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya
adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa
itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi
Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh
itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan
Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris
Taming Sari dan menggunakan keris itu utnuk menikamnya hingga mati.
Sebagai
menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah
menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai
“Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama
juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka.
Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam
pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah
berjaya merampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati
Hang Jebat.
Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan
Laksamana Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh
(Bendahara) Hang Tuah. Keseluhuran sarung keris ini diseliputi oleh
dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di
udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.
Adalah dikatakan
bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik
menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk
menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri
Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.
Tatkala Sultan Mahmud
Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda
ke Kampar, Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada
anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak
Darul Ridzuan dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama.
Posted by : anakmelayukepulauanriau.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar